Perkataan Yang Baik


Assalamualaikum...

Perkataan yang baik itu mendamaikan, perkataan yang baik itu menenangkan, perkataan yang itu juga adalah salah satu punca rezeki.

Tiada manusia mahu dengar perkataan yang boleh menyebabkan marah dan terasa oleh hati, malah kita pun sama. Oleh itu, berkatalah yang baik-baik supaya kita yang menuturkan tenang dan yang mendengarnya juga gembira.

Kadangkala dengan perkataan atau mesej yang menggunakan perkataan yang tidak sesuai menyebabkan rezeki kita lari. Iyalah, zaman sekarang bukan sahaja kita berkomunikasi dengan bercakap, mesej atau whatsapp juga cara berkomunikasi, malah komen di facebook, twitter dan instagram merupakan komunikasi. Sepatutnya orang tanya dimana sebab mahu bagi hadiah pun terus tidak jadi kalau jawapan kita menggunakan perkataan yang salah.

Maka hati-hatilah kita semasa menjawab whatsapp, memberi komen di media sosial mahupun membalas komen.

Jangan hantar ketika marah,
Jangan jawab ketika marah.


Comments