10 Perkara Dalam Solat

Bismillahirahmanirrohim...

10 perkara dalam solat yang kita setiap waktu lakukan, namun kita kadang-kadang tidak sedar apa sebenarnya kita buat semasa solat.


Ayuh kita mulakan.

1. Kita membesarkan Allah swt. Kita melakukannya sewaktu kita takbir (Allahuakbar)

2. Kita meminta hidayah ke jalan yang lurus. Kita melakukannya sewaktu kita membaca Al-fatihah. Kita meminta keputusan dalam hidup kita di dalam 7 ayat Al-fatihah.

3. Kita meminta ampun. Semasa dia antara 2 sujud, kita ada memohon keampunan daripada Allah.

4. Kita meminta kasih sayang. Sedarkah, kita ada lafazkan di antara 2 sujud permohonan kasih sayang daripada Nya.

5. Kita memohon kecukupan. Semasa di antara 2 sujud, kita jua memohon kecukupan.

6. Kita meminta diangkat darjat. Sama juga, kita lafazkannya dia dalam kelakuan di antara 2 sujud.

7. Kita memohon rezeki. Di antara 2 sujud, kita juga memohon dicukupkan rezeki.

8. Kita meminta sihat. Kita ada melafazkan untuk sentiasa sihat di dalam di antara 2 sujud.

9. Kita ada selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad swt. Kita selawat di dalam Tahiyat. Rasullullah menjamin akan memberi syafaat kepada sesiapa yang sentiasa berselawat ke atasnya.

10. Kita melafazkan syahadah dan memberi salam semasa tahiyat dan juga pada akhir solat.

Alhamdulillah 5 kali sehari sekurang-kurangnya kita membuat dan memohon 10 perkara. Ini hanya refresh kepada saya dan anda yang membaca agar kita sentiasa sedar apa yang kita lakukan dalam solat.

Semoga bermanfaat.

Comments