Review Buku : Travelog Cinta Abadi

Bismillahirrahhirrahmannirahim..

Hari ni nak review satu buku.

Tajuk buku : Travelog cinta abadi
Penulis : Roza Roslan
Penerbit : PTS Publishing
Tahun diterbitkan : 2010
Genre : Motivasi


Sebelum itu nak cerita dulu lah kisah pasal buku ni.
Buku ni sebenarnya saya beli untuk mak saya, hadiah mother's day.
Sebab tajuk dia "travelog cinta abadi ", jadi ingat sesuai lah untuk mak kan.
Dah 5 tahun bagi mak, baru-baru ni nampak kat rak buku kat kampung, baru teringin nak baca.
Cerita dalam buku ini adalah kisah hidup seorang yang bernama Raudzah binti Roslan dan ianya lebih berkisah kepada zaman kanak - kanak dan remaja beliau.
Jadi, sebenarnya macam kurang sesuai pula kasi kat mak..hehe..
Takpe lah effort tu penting..kiki..

Ok, kembali kepada buku ini.
Buku ini ditulis oleh Roza Roslan, isteri kepada Prof Kamil Ibrahim, penulis buku Travelog Haji.
Sekarang Roza Roslan dan menulis lebih daripada 5 buah buku.
Dan buku ini adalah penulisan pertama beliau.

Apa yang best tentang buku ini?
1. Buku ini menceritakan tentang kisah hidup seorang tinggal di kampung, hidup sederhana dan penuh warna-warni.
*Daripada pembacaan ini, aku yakin bahawa seseorang yang melalui kehidupan yang sukar akan menjadi sesorang yang berjaya dimasa akan datang, berdikari, kuat dan sentiasa tabah. Itulah yang diterapkan dalam buku ini.

2. Semua orang mempunyai kisah hidup masing-masing. Tetapi penulis dapat menulis kisah hidup beliau dengan terperinci dan penuh hikmah.
*Hidup ini adalah satu perjalanan hidup. Setiap orang mempunyai jalan hidup yang berbeza. Dan daripada buku ini juga, aku dapat pengajaran betapa pentingnya kita menulis, merekodkan sesuatu perkara itu, Kerana perkara itu mungkin akan ada orang laluinya dan kita dapat memberi pengajaran kepada mereka.

3. Sentiasalah berdoa.
*Paling best dalam buku ini ialah sikap penulis yang sentiasa berdoa. Apabila penulis sedih, beliau sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t. Walaupun dalam penceritaan itu, beliau hanyalah budak sekolah rendah, tetapi kebergantungan beliau kepada Allah s.w.t sangat tinggi.
*Selain daripada itu, di dalam buku ini menunjukkan betapa pentingnya untuk kita berdoa dengan terperinci dan bersungguh-sungguh. Dan salah satu doa beliau yang dimakbulkan ialah untuk berkahwin dengan orang yang akan belajar ke luar negara (tidak dinyataka didalam buku).

4. Pentingnya nasihat orang tua.
*Penulis tinggal bersebelahan dengan rumah neneknya yang selalu memberi penulis nasihat secara kiasan.

5. Berani kerana benar
* Kisah hidup penulis menunjukkan dia adalah seorang yang sangat berani dan sukar terpengaruh dengan rakan-rakan


Semoga bermanfaat kepada semua 😊

Comments