7 Seni Amalan

 

Bismillahirohmanirrohim



Dalam kita membuat amalan dan ibadat seharian, ada seni-seni amalan yang boleh kita jadikan panduan. Jom kita sama-sama semak kembali, adakah kita berseni dalam membuat amalan.


1. Wajib - Lakukan amalan wajib dengan sempurna. Cuba sebaik mungkin agar semua amalan wajib dilakukan dengan sempurna. Contoh paling senang adalah solat. Jika kita sudah solat dengan sempurna, cuba kita solat di awal waktu dan berjemaah untuk menyempurkan nya.


2. Sunat. Lakukan amalan sunat sebanyak-banyaknya. Jika hari ini kita teragak-agak untuk sedekah, selepas ini kita ringankan tangan bersedekah. Jangan terlalu berkira-kira dan selalu berlapang dada untuk melakukan perkara baik dalam hidup.


3. Haram. 100% tinggalkan. Tiada kompromi untuk kita melakukan perkara haram.


4. Makruh. Hindarkan perkara makruh. Jauhi


5. Yang jarang-jarang berlaku - Utamakan. Contohnya jika ada tetamu datang ke rumah, kita boleh tangguhkan plan kita untuk keluar membeli belah. Jika ada kematian, kita tangguhkan dulu rutin kita pergi ke kelas.


6. Kepentingan ramai. Utamakan. Contohnya, jika bulan puasa kita semua berkehendakkan untuk khatam alquran. Kita semua akan berlumba-lumba untuk menghabiskan bacaan al quran. Namun di pagi hari minggu, sepatutnya masa untuk kita marathon baca al-quran, ada aktiviti gotong-royong membersihkan masjid. Jadi kita hendaklah utamakan aktiviti untuk orang ramai.


7. Jika ada mudarat. Pilih lah perkara yang paling ringan mudaratnya. Contohnya dalam keadaaan darurat, jika makanan hanya ada bangkai, makan lah sekadarnya. 


Jadi marilah kita sama-sama merenung kembali jauh kedalam hati kita, adakah kita mengamalkan seni dalam beramal. 

Comments