Tips melembutkan hati suami
Siapa pernah tengok program telekung talk Prof. Muhaya?
Suka pendekatan prof bilamana beliau suka menjemput artis-artis tertentu dan berbicara tentang sesuatu isu dalam program telekung talk tu. Jadi beliau boleh menarik minat semua golongan masyarakat terutamanya peminat artis jemputan tersebut.
Kalau yang belum pernah tengok boleh taip "telekung talk prof muhaya" kat butang carian youtube dan pilihlah mana-mana episod. In shaa Allah banyak manfaat yang akan diperolehi.
Saya pun baru je dengar telekung talk yang episod Mac 2018, Prof Muhaya bersama Shila Amzah.
Mereka membincangkan isu CARA MELEMBUTKAN HATI SUAMI.
Mungkin ada yang berpendapat, kenapa beliau menjemput Shila Amzah, walhal dia belum berkahwin.
Tetapi, apa yang ingin disampaikan oleh Prof. Muhaya ialah kita patut menyiapkan diri kita untuk rumahtangga melebihi persiapan hari perkahwinan.
Ok, saya kongsikan sedikit antara tips yang mereka bincangkan.
1. Kita berkahwin dengan 3 orang:- 1.Siapa yang kita sangka dia, Siapa dia sangka kita, 2. Diri kita yang sebenar 3. Siapa dia jadi lepas kahwin dengan kita.
2. Yang penting TAQWA. selepas kahwin kita perbaiki diri kita bersama-sama.
Niat- konsisten, sebelum kahwin, semasa kahwin (majlis), selepas kahwin, NIAT: KERANA ALLAH, HIDUPKAN SUNNAH NABI, UNTUK MENDAPAT ZURIAT YANG BAIK yang akan menjadi pencen kubur kita iaitu anak yang soleh
3. Memperkuatkan diri dengan ilmu agama. A.I.A -Aqidah (perkara dalam rukun iman), Ibadah (rukun islam), Akhlak
4. Lima bahasa cinta 1. Hadiah, 2.Perkataan, 3. Masa, 4. Sentuhan, 5. Perkhidmatan. Kenalilah bahasa cinta pasangan kita
5. Jangan cuba untuk ubah pasangan kita. Tetapi ubahlah diri kita sendiri dahulu.
6. Jika kita berasa struggle untuk terima perangai pasangan kita. Percayalah pasangan kita juga struggle untuk terima kelemahan kita.
7. Lembutkan hati suami bukan dengan air liur (membebel) tetapi dengan air mata. Menangislah mengadu pada Allah di malam hati tentang kesakitan, kesusahan yang kita alami. Doa di malam hari selepas solat tahajud umpana anak panah yang tepat sasarannya. In shaa Allah Allah akan perkenankan doa kita.
8. Tanamkan 3 prinsip Y.I.S -Yakin, Ikhlas, Syukur. 1.Yakin kahwin kerana Allah. 2.Ikhlas terima pasangan seadanya. 3. Bersyukur dengan Allah dikurniakan pasangan hidup, bersyukur dengan kebaikan pasangan.
Ok, banyak juga tu tips yang dikongsikan. Jom amalkan. Semoga kita semua dikurniakan rumahtangga yang sakinah, mawaddah dan rahmah. Ameen
Comments
Post a Comment