Kepentingan bermain dengan anak-anak

Anak-anak adalah anugerah, amanah dan ujian daripada Allah s.w.t

Ada beberapa ayat Al-Quran yang memjelaskan bahawa anak-anak itu ujian. Antaranya :-




وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
” Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar”.

(Al Anfaal 8 : 28)

Benar, mendidik anak itu bukan mudah. 
Di setiap peringkat tumbesarannya, ada ujian-ujian tersendiri.
Dan apabila kita telah menjadi ibubapa, kita akan sedar betapa banyaknya pengorbanan ibubapa kita semasa kita kecil. 

Jesteru itu, sentiasalah mendoakan kebaikan untuk ibubapa kita
اَللهُمَّ اغْفِرْلِىْ ذُنُوْبِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.

Entri kali ini nak ceritakan kebaikan bermain kepada anak-anak.

kepentingan bermain dengan anak-anak
Ok gambar atas ini khas untuk bapa dan ibu bekerja. 
Yelah, suri rumah memang setiap hari bersama dengan anak kan.




Cara mendidik anak mengikut sunnah rasullah s.a.w pun menyuruh ibubapa memanjakan, bermain dan tidak menghukum ketika umur 0-6 tahun.

Jadi apa kepentingan bermain dengan anak ini?
1. BAGUS UNTUK PERKEMBANGAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI MEREKA
- Apabila bermain, kita akan bercakap dan bercerita bersama anak-anak. Secara tidak langsung, mereka akan belajar perkataan-perkataan baru dan ayat-ayat yang sesuai untuk menggunakan perkataan-perkataan tersebut.
- Semasa bermain juga mereka belajar cara untuk menyatakan perasaan mereka.

2. MEMBINA KEYAKINAN DAN MEMBUAT KEPUTUSAN
- Ibuayah, semasa bermain bersama anak, biarkan mereka membuat keputusan dan kita mengikut arahan dan imaginasi mereka. Ini akan meningkatkan tahap keyakinan mereka serta mengajar mereka cara membuat pilihan dan keputusan.

3. MENJADIKAN MEREKA FOKUS, KREATIF DAN BERDIKARI
- Anak-anak mempunyai minda yang sangat kreatif. Hanya menggunakan sudu, mereka boleh menjadikan ianya kapal terbang, feri dan sebagainya. Layankan sahaja kreativiti mereka semasa bermain, mereka akan rasa seronok dan menghargai masa yang kita luangkan bermain bersama mereka.

4. MENINGKATKAN KOORDINASI FIZIKAL MEREKA
- Anak-anak memang sentiasa bertenaga. Berlari, melompat, bergolek dan sebagainya. Biarkan mereka, kerana semua ini akan membantu perkembangan fizikal mereka.

JADI, JOM LUANGKAN MASA BERMAIN BERSAMA ANAK-ANAK. 😎

Comments