Malas



Saya adalah orang yang paling pantang dengan orang malas. Saya pantang orang memberi alasan terhadap sesuatu kerja disebabkan malas. Mak saya panggil malas siku tulang. Nampak sampah depan mata, tak pandai buang. Nampak cawan depan mata pun tak boleh bawa pergi dapur

Malas adalah punca utama kegagalan. Kegagalan ini merangkumi kegagalan dalam semua aspek kehidupan. Disebabkan orang malas disekeliling saya adalah dikalangan lelaki, jadi saya ingin fokus kan kepada golongan ini. Biasanya lelaki malas adalah lelaki yang tidak berjaya. Lelaki yang tidak berjaya akan membawa dirinya dan keluarganya terus berada di tempat yang sama.

Jadi saya ada tips untuk lelaki malas supaya semua lelaki malas berubah demi diri sendiri dan keluarga.

1. Kalau kau tiada duit, kau kerja. Buang lah tabiat melepak kau. Ini kau tak ada duit kau meminta-minta.

2. Kalau kau kerja, duit kau tidak cukup. Kau buang lah tabiat merokok kau tu. Kau merokok sehari lebih dari harga sepinggan nasi.Kau simpan lah duit rokok kau tu buatr tabung kecemasan.

3. Kalau duit kau tak cukup jugak walau dah tak merokok. Kau tak payah la bercinta ajak girl freind kau dating makan sedap-sedap. Kau belanja dekat warung sudah. Tak payah dating lagi bagus.

4. Kau tak ada duit, kau buang lah angan-angan kau nak pakai iPhone. Orang pakai iphone kau pun nak juga. Orang pakai iphone ambil gambar cantik-cantik, masuk instagram untuk promote bisness. Kau pulak ada iPhone main game, main weechat, tengok youtube dan semua yang tak mendatangkan hasil.  Buang duit kau dan buang masa kau sahaja.

5. Kalau kau tak ada sijil, kau tak dapat kerja best-best. Kau pergi lah belajar, Belajar tak perlu masuk universiti macam orang yang otak geliga dari zaman sekolah. Kau otak tak geliga cuba kau belajar bela ayam kampung. Kau jual, Kau belajar mengembala kambing, Kau jual, zaman sekarang ramai orang suka makan kambing golek kan. Kau belajar tanam pisang, ramai orang suka makan pisang goreng.

Cukuplah lima sahaja. Saya berharap lelaki yang membaca tulisan saya ini tidak terasa hati. Semoga teguran dan nasihat ini diambil sebagai satu dorongan dan motivasi untuk berubah.

Sekian.

Comments