Kisah Motivasi : Pemuda dan kopi
Terdapat satu kisah, dimana seorang pemuda dilanda masalah didalam hidup.
Runsing dan gelisah dengan masalah tersebut, dia bertemu seseorang yang berpengalaman dalam hidup untuk memohon bantuan atau nasihat.
Pabila bertemu, berceritalah pemuda itu perihal masalah kewangan, perhubungan dan berbagai-bagai masalah yang dihadapi.
Selesai mendengar kisah si pemuda, berkatalah orang tua itu " Bancuhkan saya segenggam kopi bersama secawan air"
Pergilah pemuda itu ke dapur dan membancuh segenggam kopi didalam secawan air.
Kemudian, pemuda itu duduk dihadapan orang tua itu menghulurkan air kopi itu.
"Minumlah air itu"
Mencuba untuk minum, air itu dikeluarkan semula kerana kepahitannya.
Tanpa berkata apa-apa, orang itu membawa pemuda itu ke belakang rumah yang terdapat satu perigi.
"Masukkan segenggam tadi didalam perigi ini dan kacau lah guna kayu ini"
Mengikut arahan orang tua itu, pemuda itu memasukkan segenggam kopi kedalam perigi tersebut.
"Minum lah air dari perigi itu," kata si orang tua.
"Hmm, sedap, nyaman sekali," kata pemuda itu.
"Kamu tak rasa ke kopi yang kamu masukkan tadi"
"Hmm, tidak, hanya terasa air yang sangat nyaman"
"Wahai anak muda, dengarlah nasihatku ini. Betapa pahit pun kehidupan ini, ianya adalah sama sahaja seperti segenggam kopi, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu adalah sama dan memang akan terus sama sampai bila-bila. Tetapi, kepahitan yang kita rasakan itu, sangat bergantung kepada bekas yang kita miliki. Kepahitan itu akan didasarkan oleh perasaan yang kita letakkan padanya.Semuanya bergantung kepada hati kita. Sebagaimana tadi, kita letakkan didalam gelas, disebabkan bekasnya kecil, maka sudah pasti terasa pahit. Jesteru, lapangkanlah dada kamu menerima segala masalah, luaskan hatimu untuk menampung segala kepahitan dalam kehidupan ini. Inshaa Allah segala masalah akan menjadi kecil. "
notakaki : petikan cerita dari motivasi pagi Ustaz Badlishah
Comments
Post a Comment