Cerita pendek : Sisi pandang berbeza

Di suatu waktu.
Usai solat maghrib.
"Glob masa zaman belajar dulu ke?" tanya si suami sebab aku baru keluarkan glob tersebut dari kotak.
"Aar suka tengok glob ni inspirasi nak melancong" jawab aku sambil tersengih.
"Bagus tengok glob ni, kita boleh rasa betapa kecilnya kita.
Tengok ni, Malaysia kecik ni jer berbanding glob ni.
Kita lagi lah sebesar kuman jer kalau atas glob ni.
Baru lah kita rasa besarnya Allah.
Dan rasa tak perlu besarkan diri atau bangga diri sebab kita hanyalah hamba-Nya yang kerdil."

uish, mendalam betul pemikiran suamiku ini.
Satu benda tapi mempunyai makna yang berbeza oleh sisi pandang berbeza. 
Haha..isteri pikir melancong je😅😅
Alhamdulillah dapat tazkirah ringkas aritu.
Hanya dari satu globe. 



Comments