Cara mendidik anak cemerlang Dr. Fadzilah Kamsah

Tip-tips ini saya ambil dari buku ini


Tip-tip tersebut adalah
1. PESANAN DAN ARAHAN
-Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan terlebih dahulu. Jika tidak berkesan, hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan.
-Jika pesanan demi pesanan tidak berkesan, maka ibubapa perlu bertindak pada tahap yang kedua iaitu mengarah atau memberi arahan. Arahan itu perlulah diberi dengan lemah lembut dan kasih sayang, arahan tetapi nadanya berbentuk pesanan.
-Pesanlah dengan istiqamah tentang berkara berikut walau anak sudah dewasa:-
i. tentang solat di awal waktu
ii. adab dengan orang tua, guru, kawan
iii. belajar dengan cemerlang
iv. bersuci diri dengan bersih
v. bekerjasama dengan keluarga dan masyarakat
vi. menutup aurat dan menjaga pergaulan
vii. beradap ketika makan

2. BERCERITA
-kelebihan bercerita dengan anak-anak
i. suasana santai
ii. posisi anak mesra dengan ibubapa
iii. suasana tidak formal
iv. interaksi tubuh badan
v. komunikasi dua hala
vii. mengeratkan hubungan antara ibubapa dan anak-anak
viii. ibu bapa memahami tingkahlaku anak-anak

3. BERSOAL JAWAB
-waktu yang sesuai untuk bersoaljawab adalah
i. didalam perjalanan : gunakan elemen permandangan di sekitar untuk mencari topik perbualan yang menarik
ii. di rumah : bertanya tentang perkembangan pelajaran dan rakan-rakan anak-anak.
iii. sewaktu makan : masa makan merupakan masa yang baik untuk nasihat-menasihati dan bersoal jawab secara positif dalam isu semasa atau perkembangan seluruh ahli keluarga.

-untuk anak kecil yang bertanya segala benda yang mereka tidak tahu, layani persoalan mereka.
jika ibubapa tidak tahu jawapan sebenar untuk soalan anak-anak, jangan malu untuk mengakui kita tidak tahu. tapi ibubapa hendaklah i) mencari penjelasan atau jawapan itu dari orang yang lebih mahir atau ii) pujuk anak-anak untuk mencari jawapan bersama.

4. RUJUK PENGALAMAN LALU
-ibubapa boleh mendidik dengan merujuk atau menceritakan kepada anak-anak peristiwa-peristiwa dan pengalaman yang mereka lalui. Pengalaman positif boleh dijadikan teladan dan pengalaman negatif hendaklah dijadikan sempadan.

5. NASIHAT DAN TEGURAN
-Beri nasihat dan teguran anak-anak dalam hal
i) aqidah, 
-ajar anak mengucap dua kalimah syahadah dengan tepat serta memahami pengertiannya.
-Beritahu mereka bahawa hanya Allah sahaja layak disembah. Didik mereka agar tidak syirik atau menyekutukan Allah dengan benda-benda lain.
-Ajar juga mereka bahawa segala yang baik datang dari Allah swt dan segala yang buruk atas kelemahan diri kita sensiri sebagai tanda kita beradab dengan Allah swt.
ii)ibadah, 
didik anak-anak bahawa ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus dan ibadah umum. Ibadah khusus ialah seperti solat, puasa, membca al-quran dan bersedeqah manakala ibadah umum seerti makan, mimum, tidur, belajar, ziarah-menziarahi dan sebagainya.
Terangkan pada mereka bahawa setiap yang mereka lakukan adalah ibadah jika memenuhi 5 syarat berikut : i) niat yang betul ii) perlaksanaaan mengkut syariat, iii)perbuatan sah disisi islam iv) tidak meninggalkan perkara yang wajib, v) hasilnya mesti betul
iii)akhlak,
-asuh anak tentang akhlak terpuji dan akhlak buruk
iv) kerjasama
-ajarkan kepentingan kerjasama antara adik-beradik
v) tanggungjawab,
-beritahu tanggungjawab dan peranan mereka sebagai seorang anak, abang, kakak, adik
vi) kesihatan,
didik anak agar pandai menjaga kesihatan dari segi pemakanan, tubuh badan, pancaindera, pakaian, tempat tinggl, riadah dan sebagainya.
-didik anak supaya memakan makanan yang halal sahaja kerana makanan akan membentuk darah daging. tubuh badan yang terbentuk dari makanan yang haram hanya layak dibakar oleh api neraka.
bersukanlah dengan mereka kerana tubuh badan yang sihat menjamin akal fikiran yang cerdas.
vii)bersangka baik
-ajar anak agar sentiasa bersikap husnu zhon ( bersangka baik) dengan sesiapa jua dan dimana jua mereka berada.
-berbaik sangka akan membentuk jiwa yang berkeyakinan positif.
viii) suci hati 
-sucikan minda dan hati anak-anak dengan membaca al-quran, istiqfar, berselawat, solat sunat taubat, rajin sedekah dan lain-lain ibadah.
-ini kerana hati yang suci akan lebih mendekatkan diri kepada yang Yang Maha Pencipta, dan mudah menerma nasihat, teguran dan tunjuk ajar.
viii)erti kesusahan. 
jangan didik anda dengan kemewahan. sebaliknya didiklah dengan cara hidup yang sederhana tetapi sempurna supaya mereka tahu dan faham akan situasi dan penderitaan orang yang kurang bernasib baik.

Saya kongsikan penerangan bagi lima kaedah pertama dahulu, in shaa Allah jika ada kesempatan saya akan kongsikan dengan lebih lanjut kaedah-kaedah berikut.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
6. BERMAIN DAN BERGURAU
7. LATIHAN YANG BERTERUSAN
8. IBU BAPA SEBAGAI TELADAN
9. GALAKAN DAN AMARAN
10. SURUHAN DAN TEGAHAN
11. AMBIL BERAT KEBAJIKAN
12. FIRASAT DAN GELOMBANG MINDA
13. MENJANA KEYAKINAN
14. KENALPASTI KECENDERUNGAN DAN BAKAT
15. MENASIHATI PADA WAKTU SESUAI
16. MENDIDIK BERTAHAP-TAHAP
17. PATUHI ALLAH DAN TELADANI RASUL
18. MENGISI WAKTU LAPANG
19. BERDIALOG
20. RANSANG KECERDASAN MINDA
21. DOA YANG BERTERUSAN
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semoga kita dapat terapkan ilmu ini dalam mendidik anak dan semoga kita semua dianugerahkan dengan anak-anak yang cemerlang. Ameen =)

Comments