Lirik lagu : Sesekali Diuji (NICE)

Akhir-akhir ni selalu dengar satu lagu ni kat corong radio..
So, i google lah lagu ni.
Nasyid dari kumpulan NICE.
Nice? tak pernah dengar pulak sebelum ni.
Tapi nice, sedap lirik dan lagu nya.
Jom, i belanja lirik lagu dan videonya

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih?Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat?kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa






Dengar lagu ni, memang boleh mengalir air mata.
Rasa macam beratnya ujian.
Lirik lagu tu buat kita akan berfikir.
Telah terlalu banyak nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita.
Nikmat hidup, nikmat sihat, nikmat udara, nikmat islam, nikmat iman, nikmat mata, nikmat telinga, nikmat ibubapa, nikmat keluarga..
Memang jika kita kira nikmat yang Allah kurniakan memang kita tidak mampu nyatakan semuanya kerana ianya terlalu banyak.
Dan jika kita timbang ujian dan nikmat yang Allah berikan kepada kita.
Memang terlalu kecil ujian itu berbanding nikmat yang Allah sediakan.
Dan tujuan utama Allah menguji kita adalah untuk melihat tahap keimanan kita.

Jika diuji, bersabarlah.
Jika diberi, bersyukurlah.




Comments