Bahaya benda kecil kepada kanak-kanak
Sekarang ini ramai ibubapa dan guru ambil berat berkaitan perkembangan motor halus kanak-kanak.
Lagi-lagi bila statistik menunjukkan ramai pelajar sekolah rendah masih tidak pandai memegang pensel dengan betul dan tidak tahu menulis dengan baik.
Kajian mendapati kerana kanak-kanak ini telah terdedah dengan telefon bimbit yang menggunakan skrin sentuh dan menyebabkan deria rasa jari dan tangan kanak-kanak itu tidak berfungsi dengan baik.
Oleh itu aktiviti bermain dengan menggunakan
1. kekacang
2. manik
3. tanah liat
4. slime
5. benang
6. cat air
7. buih
sangat digalakkan.
NAMUN, PERGERAKAN KANAK-KANAK KETIKA BERMAIN DENGAN BARANGAN TERSEBUT PERLU DIBERI SEPENUH PERHATIAN!
Saya menulis ini kerana, saya baru sahaja mengalami pengalaman yang mendebarkan apabila mendapati terdapat sebiji kacang hijau didalam telinga anak saya.
Kejadiannya adalah seperti berikut:
KHAMIS PETANG : Di rumah, setelah ambil anak saya dari taska saya mendapati terdapat benda hijau di cuping telinga anak saya. Dikhuatiri ianya nanah saya pun ingin membersihkan benda hijau tersebut.
Alangkah terperanjatnya saya apabila mendapati ianya adalah sebiji kacang hijau. Dengan perasaan berdebar-debar saya terus menyuluh kedalam telinga anak saya menggunakan lampu suluh dari telefon bimbit. Dan debaran itu makin kuat apabila telinga kanannya seperti ada benda hijau berbanding telinga kiri.
KHAMIS MALAM : Setelah makan malam, terus ke klinik berdekatan untuk memastikan betul tak ada kacang hijau dalam telinga anak kami.
Doktor mengesahkan memang terdapat kacang hijau dalam telinga anak kami tapi dia tak boleh keluarkan sebab tiada alat di klinik tersebut. Beliau mencadangkan untuk pergi ke klinik pakar atau hospital.
JUMAAT PETANG : Suami saya ambil keputusan untuk pergi ke klinik pakar kerana khuatir kena tunggu lama jika pergi ke hospital. Alhamdulillah biji kacang tersebut telah berjaya dikeluarkan.
Kacang hijau dalam telinga |
Kacang hijau yang telah dikeluarkan |
Oh my Ammar |
Seingat saya, memang saya tidak ada masak kacang hijau atau bermain kacang hiju dengan anak saya.
Dan apabila bertanya dengan cikgu taska anak saya, beliau menyatakan bahawa dia ada buat aktiviti collage menggunakan kacang hijau, tapi dua minggu lepas
😱😱Apa dua minggu lepas?
Saya pun tak tahu macam mana dan bila kacang itu masuk telinga anak saya.
Tapi, saya rasa AKTIVITI MENGGUNAKAN KACANG HIJAU TAK SESUAI UNTUK BUDAK 2 TAHUN.
Mereka masih belum boleh berfikir mana yang baik dan mana bahaya.
Yang mereka tahu adalah explore everything.
Alhamdulillah lah Allah bagi petunjuk ada satu biji tersangkut kat cuping telinga kalau tak sampai bila pun tak tahu ada sebijik masuk kat telinga 😥.
Comments
Post a Comment